DOA PEMBUKA

DOA PEMBUKA
ALHAMDULILLAH

ALUMNI ISB UTM 84/85

RENUNGAN

Assalamualaikum saudara-saudara Mukmin,"PERKATAAN YANG PALING BAIK SEKALI UNTUK DISEBUT IALAH"ALLAH", SUARA PALING BAIK IALAH"AZAN",SENAMAN PALING BAIK IALAH"SEMBAHYANG",DIET PALING BAIK IALAH "PUASA" DAN PEMBACAAN YANG PALING BAIK IALAH "AYAT-AYAT SUCI AL-QUR'AN".Renung-renungkan,siapa yang buat dia yang dapat dan selamat beramal.Wassalam.

KEMUKAKAN PADA TUN DR.MAHATHIR TAHUN 2005(DI PERSIDANGAN ANTARABANGSA LANGKAWI " LID ")

KEMUKAKAN PADA TUN DR.MAHATHIR TAHUN 2005(DI PERSIDANGAN ANTARABANGSA LANGKAWI " LID ")
JAMBATAN PUTUS KUALA SANGLANG KE LANGKAWI

JAMBATAN PUTUS

JAMBATAN PUTUS KUALA SANGLANG KE LANGKAWI:- Assalamualaikum, inilah lakaran jambatan putus yang dicadangkan. Bagi cadangan saya, cadangan ini boleh diterima pakai bagi menggantikan projek Jambatan Langkawi - Kuala Perlis yang pernah dicadangkan suatu ketika dahulu. Hal ini kerana cadangan Jambatan Langkawi ke Kuala Perlis memang tidak relevan bagi saya sebagai ANAK JATI KEDAH kerana jika di realisasikan akan mendatangkan beberapa faktor yang negatif seperti : Industri perhotelan akan terjejas Pengusaha kereta sewa akan bankrup Pengusaha Ferry turut terjejas peluang pekerjaan akan berkurang Hilang status 'Bebas Cukai' Pencemaran akan bertambah Berlaku kesesakan lalu-lintas Hal ini semuanya akibat kemasukan pelancong secara terus menerus dengan menggunakan kenderaan sendiri memasuki pulau ini tanpa sebarang kawalan, ada juga pelancong yang datang hanya untuk membeli-belah dan pulang pada hari yang sama tanpa menginap di Pulau Langkawi. perkhidmatan feri dan kereta sewa tidak diperlukan kerana mereka sedia ada mempunyai kenderaan sendiri. Sudah tentunya pencemaran alam sekitar akan bertambah kerana kemasukan kenderaan secara berterusan tanpa kawalan . Banyak lagi jika diambil kira impak pembukaan Jambatan Langkawi ke Kuala Perlis. Pulau langkawi sememangnya sebuah pulau peranginan yang terkenal, tetapi kebanjiran pelancong hanya berlaku apabila waktu cuti sekolah sahaja. Langkah-langkah untuk mencari penyelesaian masalah ini diperlukan agar kemasukan pelancongan di langkawi adalah berterusan dan dapat memberi limpahan ekonomi kepada penduduk pulau ini. Bagi pendapat saya, keperluan untuk mempunyai jambatan antara satu usaha menarik pelancong berterusan ke pulau ini. Sudah cukup dengan cadangan Jambatan Putus Langkawi-Sanglang. Hal ini dapat mengehadkan kemasukan jumlah kenderaan dari luar ke Langkawi adalah terkawal, khidmat feri masih diperlukan, dari perspektif lain, keperluan penduduk langkawi juga dapat apabila jambatan ini dibina, sudah tentu tambang feri akan berkurangan jika dibandingkan dengan sekarang, isu tambang feri masih belum ada jalan penyelesaian kerana saban hari ianya akan meningkat mengikut tuntutan semasa. Walau apapun, projek "Gerbang Mahsuri" ini masih di peringkat perancangan. Bukan mudah untuk merealisasikan projek ini kerana peruntukan pembinaannya bukannya hanya cukup untuk membina sebuah rumah. Ianya melibatkan berbilion-bilion ringgit. Namun begitu, kerajaann rasanya mampu untuk membinanya jika diambil kira faktor jangka masa panjang dan sebagai bukti keprihatinan kerajaan terhadap penduduk Langkawi. Kita ambil contoh, sumbangan Jambatan Pulau Pinang pada hari ini amatlah besar dari aspek ekonomi sosial dan politik penduduk di Pulau Mutiara itu pada hari ini walaupun pada peringkat awal pembinaanya terdapat tentangan kerana memerlukan peruntukan yang banyak. tidak mustahil perkara ini boleh dilaksanakan di Langkawi. Walaupun hanya sekadar "Jambatan Putus", Langkawi mampu memberi limpahan ekonomi kepada negara dan penduduknya. bukan itu sahaja, penduduk di sekitar Negeri Perlis dan Utara Kedah juga akan menerima tempias pembangunan akibat pembinaan jambatan ini jika diambil kira kemajuan Seberang Perai di Pulau Pinang pada hari ini. Oleh itu, harapan menggunung agar jambatan putus ini dapat direalisasikan dan bukan hanya sebuah cadangan di atas sehelai kertas sahaja .

TAMAN INDUSTRI JEPUN DI BUKIT KAYU HITAM

SAYA DAN NUKILAN

AKU DAN KEHIDUPAN
Aku tak salahkan sesiapa
tapi ada otak gunakan laaa...

Dah tau pendapatan kecik
apasal beli kereta mahal-mahal
apasal beli rumah besar-besar
apasal guna kad kredit
sapa yang suroh

kenapa tak beli kancil second hand ja?
kenapa tak beli iswara second hand ja?
kenapa tak beli rumah murah atau flat ja?

dah susah tak cukup makan, bising pulak!
dah susah tak cukup belanja anak sekolah, memekak pulak!

cubalah belajar besederhana
cubalah belajar hidup tak menunjuk-nunjuk
cubalah belajar kumpul duit tabung
cubalah belajar berenti merokok

dah tahu tak pandai cari duit, kenapa mesti ikut rentak orang-orang yang ngok.
last-last kita pun jadi ngok!

cuba ikut aku.....
pendapatan ciput
aku naik HONDA kapcai 50 (KC 480)
aku tak ada kredit kad
aku tak merokok
aku tak menunjuk-nunjuk hebat
aku tak bangga harta benda
aku lap kereta Proton Iswara 1992 (WCW 4622)aku kilat-kilat.
duit tabung aku ada la sikit-sikit
tak la hidup aku susah sangat
anak aku lima orang
hidup ok jugak
gula naik aku senyum
minyak naik aku senyum
tepung naik aku senyum
harga barang naik aku senyum

tak ada apa lah aku nak bising-bising
sebab aku tak ikut gaya orang menunjuk-menunjuk

org nak naik BMW, dia punya pasal
org ada kredit kad, dia punya pasal
org rumah banglo, dia punya pasal
orang bini 3, dia punya pasal
orang isap rokok, dia punya pasal
org banyak hutang, dia punya pasal

aku tak ada hal
sebab aku ORANG BIASA
BIASA HIDUP SEDERHANA -hasil nukilan dari hatiku MATLUT

SAYA DAN KERJAYA

Tuesday, March 18, 2014

HADIS NABI SAW MENGENAI KEADAAN DI AKHIR ZAMAN

Menjual Agama Kerana Dunia
Dari Abu Hurairah Ra. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda “Akan keluar di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka berpakaian di hadapan orang lain dengan pakaian yang dibuat daripada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan perkataan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala. Allah SWT berfirman kepada mereka “Apakah kamu tertipu dengan kelembutanKu? Ataukah kamu terlalu berani berbohong kepadaKu? Demi kebesaranKu, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim (cendekiawan) pun akan menjadi bingung” (HR Tirmizi)
Orang Yang Tak Sedarkan Diri

Dari Abu Hurairah Ra. Bahawasanya Rasulullah SAW bersabda “Jika ada seseorang berkata, ramai orang telah rosak, maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka” (HR Muslim)
Pendusta Dan Pengkhianat
Dari Abu Hurairah Ra. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda “Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan tipuan. Pada waktu itu si pendusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan dusta. Pengkhianat akan disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang berkesempatan berbicara (cuba membetulkan) hanyalah golongan “Ruwaibidhah”. Sahabat bertanya “Apakah Ruwaibidhah itu wahai Rasulullah?” Nabi SAW menjawab “Orang kerdil, hina, dan tidak mengetahui bagaimana hendak mengurus orang yang ramai” (HR Ibnu Majah)
Namanya Saja Islam
Dari Ali bin Abi Thalib Ra. Dia berkata, telah bersabda Rasulullah SAW “Telah hampir tiba suatu zaman, di mana tidak ada lagi dari Islam kecuali hanya namanya, dan tidak ada lagi dari Al-Quran kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka indah, tetapi kosong dari hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah langit. Dari merekalah keluar fitnah, dan kepada mereka jua fitnah itu akan kembali ” (HR al-Baihaqi)
Budaya Barat Ikutan Umat Islam Kini
Dari Abu Sa’id Al-Khudri Ra. Beliau berkata, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda “Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak sekalipun kamu akan mengikuti mereka” Sahabat bertanya “Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nasrani yang Tuan maksudkan?” Nabi SAW menjawab “Siapa lagi?” (HR Muslim)

Ulama Tidak Dipedulikan
Dari Sahl bin Saad as-Sa ‘idi Ra. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda “Ya Allah! Janganlah Engkau menemukan aku dan mudah-mudahan kamu juga tidak bertemu dengan suatu zaman di mana para ulama sudah tidak diikuti lagi, dan orang yang penyantun sudah tidak dihiraukan lagi. Hati mereka seperti hati orang Ajam, lidah mereka seperti lidah orang Arab” (HR Ahmad)

Ulama Agama Semakin Berkurang
Dari Abdullah bin Amr bin ‘Ash Ra. Beliau berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda “Bahawasanya Allah SWT tidak akan mencabut (menghilangkan) ilmu dengan sekali gus dari manusia. Tetapi Allah SWT menghilangkan ilmu agama dengan mematikan para ulama. Apabila telah ditiadakan para ulama, orang banyak akan memilih orang-orang jahil sebagai pemimpinnya. Apabila pemimpin yang jahil itu ditanyakan, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain” (HR Muslim)

Golongan Anti Hadis
Dari Miqdam bin Ma’dikariba Ra. Beliau berkata, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda “Hampir tiba suatu zaman di mana seorang lelaki yang sedang duduk bersandar di atas kursi kemegahannya, lalu disampaikan kepadanya sebuah hadis dari hadisku maka dia berkata “Pegangan kami dan kamu hanyalah kitab Allah sahaja. Apa yang dihalalkan oleh Al-Quran kami halalkan. Dan apa yang ia haramkan kami haramkan” (Kemudian Nabi SAW melanjutkan sabdanya) “Padahal apa yang diharamkan Rasulullah SAW itu samalah hukumnya dengan apa yang diharamkan Allah SWT” (HR Abu Daud dan Ibnu Majah)

Tak Ada Imam Untuk Solat Berjemaah
Dari Salamah binti al-Hurr Ra. Beliau berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda “Akan datang suatu zaman, pada waktu itu orang banyak berdiri tegak beberapa lama, kerana mereka tidak mendapatkan orang yang dapat mengimami mereka solat” (HR Ibnu Majah)

Berbangga-Bangga Dengan Masjid
Dari Anas bin Malik Ra. Bahawasanya Rasulullah SAW bersabda “Tidak terjadi hari Kiamat sehingga umatku bermegah-megah dengan bangunan masjid” (HR Abu Daud)

Penyakit Umat Islam Masa Kini
Dari Abu Hurairah Ra. Katanya, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda “Umatku akan ditimpa penyakit -penyakit yang pernah menimpa umat-umat terdahulu” Sahabat bertanya “Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?” Nabi SAW menjawab “Penyakit-penyakit itu adalah, 1.Terlalu sombong, 2.Terlalu mewah, 3.Mengumpulkan harta sebanyak mungkin, 4.Tipu menipu dalam merebut harta benda dunia, 5.Saling memarahi, 6.Dengki-mendengki, sehingga menjadi zalim menzalimi” (HR Hakim)

Perangkap Riba
Dari Abu Hurairah Ra. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda “Akan tiba suatu zaman, tidak ada seorang pun kecuali dia terlibat dalam memakan harta riba. Kalau dia tidak memakannya secara langsung, dia akan terkena debunya” (HR Ibnu Majah)

Zaman Orang Tak Peduli Mengenai Sumber Pendapatannya
Dari Abu Hurairah Ra. Beliau berkata, bersabda Rasulullah SAW “Akan datang suatu zaman di mana seseorang itu tidak mempedulikan dari mana dia mendapatkan harta, apakah dari sumber yang halal ataupun haram” (HR Nasa’i)

Khamar
Dari Abu Malik Al-Asy’ari Ra. Katanya Rasulullah SAW bersabda “Sesungguhnya akan ada sebahagian dari umatku yang meminum khamar dan mereka menamakannya dengan nama yang lain. Sambil diiringi dengan alunan muzik dan suara biduanita. Allah SWT akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi dan Allah SWT akan mengubah mereka menjadi kera atau babi” (HR Ibnu Majah)

Banyaknya Perzinaan
Dari Anas Ra. Beliau berkata “Aku akan menceritakan kepada kamu sebuah Hadis yang tidak ada orang lain yang akan menceritakannya setelah aku. Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda “Di antara tanda kiamat ialah sedikit ilmu, banyak kejahilan, banyak perzinaan, banyak kaum perempuan dan sedikit kaum lelaki, sehingga nanti seorang lelaki akan mengurus lima puluh orang perempuan” (HR Bukhari Muslim)

Contoh Golongan Penghuni Neraka
Dari Abu Hurairah Ra. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda ”Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka, keduanya belum pernah aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cambuk bagaikan ekor sapi yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, lenggang-lenggok sewaktu berjalan, mengayun-ayunkan bahu. Kepala mereka bagaikan bonggol (belakang unta). Kedua golongan ini tidak akan masuk syurga, malah tidak akan dapat mencium bau harumnya. Sesungguhnya keharuman syurga itu akan terhidu dari jarak perjalanan yang sangat jauh (HR Muslim)

Perilaku Manusia Masa Kini
Dari Aisyah Ra. Dia berkata “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda “Tidak akan terjadi hari kiamat sehingga seorang anak menjadi sebab kemarahan (bagi ibu bapanya), hujan akan menjadi panas, akan bertambah banyak orang yang tercela dan akan berkurang orang yang baik, anak-anak menjadi berani melawan orang tua, dan orang yang jahat berani melawan orang-orang baik” (HR Thabrani)

Peperangan Demi Peperangan
Dari Abu Hurairah Ra, katanya Rasulullah SAW bersabda “Hari kiamat tidak akan terjadi sehingga harta benda melimpah ruah dan timbul banyak fitnah dan sering terjadi “al-Harj”. Sahabat bertanya “Apakah al-Harj itu wahai Rasulullah?” Nabi SAW menjawab “Peperangan, peperangan, peperangan” Beliau mengucapkannya tiga kali. (HR Ibnu Majah)

Perang Di Sekitar Sungai Furat (Iraq) Kerana Berebut Kekayaan
Dari Abu Hurairah Ra, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda “Tidak terjadi hari kiamat sehingga Sungai Furat (Sungai Euphrates, Iraq) menjadi surut airnya sehingga kelihatan sebuah gunung dari emas. Banyak orang yang terbunuh kerana merebutnya. Maka terbunuhlah sembilan puluh sembilan dari seratus orang yang berperang. Dan masing-masing yang terlibat berkata “Mudah-mudahan akulah orang yang selamat itu” Di dalam riwayat lain disebutkan “Sudah dekat suatu masa di mana Sungai Furat akan menjadi surut airnya lalu kelihatan perbendaharaan dari emas, maka siapa sahaja yang hadir di situ janganlah dia mengambil sesuatu pun dari harta tersebut” (HR Bukhari Muslim)
[Terdapat sebahagian pihak yang menyatakan bahawa perkataan emas di dalam Hadis ini sebenarnya petroleum ]

Penindasan Terhadap Umat Islam
Dari Tsauban Ra berkata, Rasulullah SAW bersabda “Hampir tiba suatu zaman di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang kelaparan mengerumuni bekas hidangan mereka” Maka salah seorang sahabat bertanya “Apakah kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi SAW menjawab “Bahkan kamu pada hari itu terlalu ramai, tetapi kamu umpama buih di masa banjir, dan Allah akan mencabut rasa gentar terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan melemparkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan’. Seorang sahabat bertanya “Apakah ‘wahan’ itu, wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab “Cinta dunia dan takut mati” (HR Abu Daud)

Waktu Terasa Pendek
Dari Anas bin Malik Ra. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda “Tidak akan terjadi kiamat sehingga waktu terasa pendek, maka setahun dirasakan seperti sebulan, sebulan dirasakan seperti seminggu, seminggu dirasakan seperti sehari, sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu kilatan api” (HR Tirmizi)

Kefasikan Berleluasa
Dari Abu Hurairah Ra, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda “Bersegeralah kamu beramal sebelum menemui fitnah (ujian berat) seumpama malam yang sangat gelap. Seseorang yang masih beriman di waktu pagi, kemudian di waktu petang dia sudah menjadi kafir, atau seseorang yang masih beriman di waktu petang, kemudian pada keesokan harinya dia sudah menjadi kafir. Dia telah menjual agamanya dengan sedikit harta benda dunia” (HR Muslim)

Al-Quran Akan Hilang Dan Ilmu Akan Diangkat
Dari Huzaifah bin al-Yaman Ra. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda “Islam akan lenyap seperti hapusnya corak pada pakaian, sehingga orang tidak mengerti apakah yang dimaksudkan dengan puasa, apakah yang dimaksudkan dengan solat, apakah yang dimaksudkan dengan nusuk (ibadah), dan apakah yang dimaksudkan dengan sedekah. Al-Quran akan hilang semuanya pada suatu malam sahaja, maka tidak ada yang tertinggal di permukaan bumi ini darinya walaupun hanya satu ayat. Sesungguhnya yang ada hanya beberapa kelompok manusia, di antaranya orang tua, lelaki dan perempuan. Mereka hanya dapat berkata, Kami sempat menemui nenek moyang kami mengucapkan kalimat LA ILAHA ILLALLAH, lalu kami pun mengucapkannya juga” Maka berkata Shilah (perawi Hadits dari Huzaifah) “Apa yang dapat dilakukan oleh LA ILAHA ILLALLAH terhadap mereka, sedangkan mereka sudah tidak memahami apa yang dimaksudkan dengan solat, puasa, nusuk, dan sedekah?” Maka Huzaifah memalingkan muka darinya. Kemudian Shilah mengulangi pertanyaan itu tiga kali. Dan Huzaifah memalingkan mukanya pada setiap kali pertanyaan Shilah itu. Kemudian Shilah bertanya lagi sehingga akhirnya Huzaifah menjawab “Kalimat itu dapat menyelamatkan mereka dari api neraka” (HR Thnu Majah)

Bilakah Akan Terjadi Kehancuran?
Dari Abu Hurairah Ra. Beliau berkata “Pada suatu hari ketika Nabi SAW sedang berada dalam suatu majlis dan berbicara dengan orang yang hadir, tiba-tiba datang seorang A’rabi (Arab Badwi) lalu dia bertanya kepada Rasulullah SAW “Bilakah akan terjadi hari Kiamat?” Nabi SAW terus saja berbicara. Sebahagian yang hadir berkata “Beliau (Nabi SAW) mendengar apa yang ditanyakan, tetapi pertanyaan itu tidak disenanginya” Sementara yang lain berkata “Sesungguhnya beliau tidak mendengar pertanyaan itu” Sehingga apabila Nabi SAW selesai berbicara, beliau bersabda “Di mana orang yang bertanyakan mengenai hari Kiamat tadi?” Lalu Arab Badwi itu menyahut “Ya! Saya wahai Rasulullah” Maka Nabi SAW bersabda “Apabila amanah telah disia-siakan maka tunggulah hari Kiamat” Arab Badwi itu bertanya pula, “Apa yang dimaksudkan dengan mensia-siakan amanah itu?” Nabi SAW menjawab “Apabila urusan diserahkan kepada yang bukan ahlinya, maka tunggulah kedatangan hari Kiamat” (HR Bukhari)

Golongan Yang Selamat
Dari ‘Auf bin Malik Ra. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda “Umat Yahudi telah berpecah-belah menjadi tujuh puluh satu golongan, maka hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga dan yang tujuh puluh akan masuk neraka. Umat Nasrani telah berpecah belah menjadi tujuh puluh dua golongan, maka tujuh puluh satu golongan masuk neraka dan hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga. Demi Tuhan yang diriku di dalam kekuasaanNya, umatku akan berpecah belah menjadi tujuh puluh tiga golongan, hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga dan tujuh puluh dua akan masuk neraka. Sahabat bertanya “Golongan mana yang selamat?” Nabi SAW menjawab “Mereka adalah jemaah” (HR Ibnu Majah)

Orang Asing
Dari Abu Hurairah Ra. Beliau berkata, Bersabda Rasulullah SAW “Islam mula berkembang dalam keadaan asing. Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang-orang yang asing” (HR Muslim)

Kepayahan Orang Yang Beriman
Dari Anas Ra. Berkata Rasulullah SAW bersabda ”Akan datang pada manusia suatu zaman di mana orang yang berpegang teguh di antara mereka kepada agamanya laksana orang yang memegang bara api. (HR Tarmizi)

Kesusahan Itu Lebih Baik Daripada Kesenangan
Dari Ali bin Abi Thalib Ra “Bahawasanya kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW di dalam masjid. Tiba-tiba datang Mus’ab bin Umair Ra. Dan tidak ada di badannya kecuali hanya selembar selendang yang bertampal dengan kulit. Tatkala Rasulullah SAW melihat kepadanya. Baginda menangis dan menitiskan air mata kerana mengenangkan kemewahan Mus’ab ketika berada di Mekah dahulu (kerana sangat dimanjakan oleh ibunya), dan kerana memandang nasib Mus’ab sekarang (ketika berada di Madinah sebagai seorang Muhajirin yang meninggalkan segala harta benda dan kekayaan di Mekah). Kemudian Nabi Muhammad SAW bersabda “Bagaimanakah keadaan kamu pada suatu hari nanti, pergi di waktu pagi dengan satu pakaian, dan pergi di waktu petang dengan pakaian yang lain pula. Dan apabila diberikan satu hidangan, diletakkan pula satu hidangan yang lain. Dan kamu menutupi (menghiasi) rumah kamu sebagaimana kamu memasang kelambu Kaabah?” Maka jawab sahabat “Wahai Rasulullah, tentunya keadaan kami pada waktu itu lebih baik daripada keadaan kami pada hari ini. Kami akan memberikan perhatian sepenuhnya kepada masalah ibadat sahaja dan tidak bersusah payah lagi untuk mencari rezeki” Lalu Nabi SAW bersabda “Tidak! Keadaan kamu hari ini adalah lebih baik daripada keadaan kamu pada hari itu” (HR Tirmizi)

Sebab-Sebab Kedukacitaan Seseorang
Dari Abu Hurairah Ra. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda “Akan datang suatu zaman di mana orang yang beriman tidak akan dapat menyelamatkan imannya, kecuali apabila dia lari membawanya dari puncak bukit ke puncak bukit yang lain, dan dari suatu gua ke gua yang lain. Maka apabila zaman itu telah tiba, segala sumber pendapatan tidak dapat diperoleh kecuali dengan melaksanakan sesuatu yang menyebabkan kemurkaan Allah SWT. Apabila ini telah terjadi, maka kebinasaan seseorang adalah dari sebab memenuhi kehendak isteri dan anak-anaknya. Kalau dia tidak mempunyai isteri dan anak, maka kebinasaannya dari sebab memenuhi kehendak kedua ibu bapanya. Dan jikalau ibu bapanya sudah tidak ada lagi, maka kebinasaannya dari sebab mengikuti kehendak keluarganya atau dari sebab mengikuti kehendak jiran tetangganya” Sahabat bertanya “Wahai Rasulullah SAW, apakah maksud perkataan engkau itu?” Nabi SAW menjawab “Mereka akan menghinanya dengan kesempitan hidupnya. Maka ketika itu sesungguhnya dia telah menceburkan dirinya ke jurang-jurang kebinasaan yang akan menghancurkan dirinya” (HR Baihaqi)



Keteguhan Islam

Dari Mughirah bin Syu’bah Ra. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda “Senantiasa di kalangan umatku ada golongan yang sentiasa menang (dalam perjuangan mereka), sehingga sampailah pada suatu waktu yang dikehendaki Allah SWT. Mereka senantiasa menang. (HR Bukhari)
klik pada foto untuk informasi

SAYA DAN KELUARGA

SAYA DAN KELUARGA
Tuan Guru Haji Sulong (Ibunya bernama Tun Sari Banum (Tengku Sari Banum), yang berasal dari keturunan diraja Langkat, dipercayai meninggal dunia di Langkat, Indonesia.)توان ڬورو حاج سولوڠ ﴿ايبوڽ برنام تون ساري بانوم ﴿تڠكو ساري بانوم﴾، يڠ برأصل دري كتورونن دراج لڠكت، دڤرچايأي منيڠڬل دنيا د لڠكت، إندونيسيا.﴾Tuan Guru Haji Sulong (His mother was Tun Sari Banum (Tengku Sari Banum), is a descendant of the royal Langkat, believed dead in Langkat, Indonesia.).TG Hj Long dilahirkan di kalangan keturunan diraja Langkat. Hidup remaja sebagai ahli muzik atau penyanyi dengan mempelajari ilmu dunia (pertahanan diri), berkahwin dengan sepupunya Ramlah (Tok Langkat). Kemudian berhijrah ke Kedah mencari bapanya Hj Chik. Sebab-sebab lain berhijrah tidak diketahui.TG Hj Long kemudiannya insaf dari menjadi ahli muzik dan belajar di Pondok Chegar dibawah TG Hj Mat Robab sehingga layak membuka pondok. Semasa belajar di Pondok Chegar, berkahwin dengan Jawahir.TG Hj Long membuka pondok, pada mula di pondok lama (Kg Sungai Perahu Jeniang). Akibat ancaman komunis, berpindah ke tapak pondok sekarang. TG Hj Long meninggal dunia pada tahun 1966 di Pondok Jeniang Kedah.

KELEBIHAN MEMBACA SURAH YAA-SIIN YANG DISARANKAN RASULULLAH S.A.W.

RASULULLAH SAW telah bersabda yang bermaksud:
بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", yaitu:

1. Apabila orang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi kenyang.

2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.


3. Jika orang belum berkawin akan mendapat jodoh.

4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.

5. Jika terpenjara akan dibebaskan.

6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.

7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.

8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.

9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.

10.Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar dari pada penyakitnya.

11.Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati Al-Quran itu ialah Yassin. Barang siapa membaca surah Yassin, niscaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca Al-Quran sebanyak 10 kali.

12.Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan

Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".

13.Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yassin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya.Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.

14.Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Siapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yassin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya dihadapannya

pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya ditangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya, tetapi barang siapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.

Siapa yang membaca ini tolong sampaikankan kepada teman seagama yang lain.
Berwasiat-wasiatanlah dengan kebenaran dan kebajikan walaupun itu cuma sehujung jarimu.mynypa.blogspot.com

SAYA DAN DO RE MON - ketika zaman JAHILIAHku

SAYA DAN DO RE MON - ketika zaman JAHILIAHku
TEMAN SEKOLEJKU-klik untuk dapatkan info terkini

RUMI KE JAWI

IKHLAS DALAM BERAMAL @ PEKERJAAN

دالم ستياڤ عمل، كاخلاصن مروڤاكن مودال ڤنتيڠ. سباڽق دان سبسر اڤڤون عمل سساورڠ بيلا تنڤا كاخلاصن تيدق اد نيلاي اڤا٢ڽ د سيسي الله سبحان وتعالى. دڠن كاخلاصن، توڬس٢ يڠ برت اكن تراس منجادي ريڠن، سمنتارا تنڤا ايت، جاڠنكن يڠ برت، يڠ ريڠن ساج تراس منجادي برت.In all charity, sincerity is the vital capital. A total of charity and of any person without thesincere when there is no such value-ass on the side of Allah SWT. With sincerity, the tasks will be felt to be light weight, while without it, let alone the weight, the lighter itfeels to be heavy.

KEJAR HARTA KETERLALUAN

KEJAR HARTA KETERLALUAN
PUNCA KERUNTUHAN RUMAHTANGGA

SENDIRI MAU INGAT."UKUR BAJU DI BADAN SENDIRI"

SENDIRI MAU INGAT."UKUR BAJU DI BADAN SENDIRI"
SEMBAHYANGLAH KAMU SEBELUM KAMU DISEMBAHYANGKAN

SYARAT NAK JADI PEMIMPIN DALAM MASYARAKAT

SYARAT NAK JADI PEMIMPIN DALAM MASYARAKAT
Peranan IMAM MASJID adalah tugas yang amat penting membuat seorang IMAM harus memenuhi PROFAIL yang ideal. Ulasan selanjutnya klik saja TAJUK DI ATAS.
CATITAN-CATITAN YANG DISEDIAKAN

SYURGA DI DUNIA

SYURGA DI DUNIA
ULASAN-ULASAN YANG PERLU ANDA BACA. klik pada foto.

B E R Z A N J I

BERIMAN KEPADA ALLAH

Menerangkan bahwa IMAN kepada ALLAH TAALA merupakan amal paling utama
· Hadis riwayat Abu Hurairah Radhiyallahu’anhu, ia berkata:
Rasulullah SAW. pernah ditanya: Apakah amal yang paling utama? Beliau menjawabIman kepada Allah. Ikuti ulasan selanjutnya

Iman, Islam, ihsan dan kewajiban beriman kepada takdir

Hadis riwayat Abu Hurairah Radhiyallahu’anhu, ia berkata:
Pada suatu hari, Rasulullah SAW. muncul di antara kaum muslimin. Lalu datang seorang laki-laki dan bertanya: Wahai Rasulullah, apakah IMAN itu? Ikuti ulasan selanjutnya

KERASULAN MUHAMMAD SAW.

Wahyu pertama yang diturunkan kepada Rasulullah SAW.
· Hadis riwayat Aisyah Radhiyallahu’anhu, istri Nabi SAW. ia berkata:
Wahyu pertama yang diterima Rasulullah adalah mimpi yang benar. Ikuti ulasan selanjutnya

IMPERIALISME DAN EMPIRE-BACA HINGGA TAMAT

Duit ringgit , modal dan harta kekayaan tidak berbangsa dan tidak beragama. Duit ringgit tidak mengenal sempadan. Keuntungan maksima tidak bersunat dan tidak pernah mandi berhadas. Kapitalisma tidak memiliki semangat nasionalisma, tidak berbahasa dan tidak pernah ada semangat patriotisma.Ikuti ulasan selanjutnya

MEMAHAMI KAPITALIS GLOBALISASI-SATU DUNIA BARU - PERLU BACA SAMPAI HABIS

Kita diberitahu bahawa dunia sedang menghadapi masaalah kecairan – ertinya tidak ada duit dalam pasaran. Lalu kita bertanya ke mana agaknya segala duit-duit yang terkumpul dalam dunia ini pergi.Ikuti ulasan selanjutnya

PERTAMA ETHANOL NIPAH DI DUNIA

PERTAMA ETHANOL NIPAH DI DUNIA
klik untuk dapatkan berita

PBIC hadapi dilema status projek Biofuel Negara

PBIC hadapi dilema status projek Biofuel Negara
TIADA PEMBATALAN PROJEK BIO-ETHANOL DI PERAK

KARBON KREDIT

Sebuah KARBON KREDIT adalah istilah generik yang bermaksud bahawa nilai telah ditetapkan untuk pengurangan atau mengimbangi emisi gas rumah kaca.Ikuti ulasan selanjutnya

PENGAJIAN TASAUF BERTUJUAN LEBIH MENDEKATKAN KITA KEPADA ALLAH.



Kita telah meninjau takrif dan makna istilah-istilah utama dalam cabang ilmu tasauf. Ia memberi gambaran betapa tasauf adalah satu disiplin ilmu yang tersendiri, tersusun dan ilmiah sifatnya.
Di kalangan ulama terdapat perselisihan mengenai bila ilmu ini bermula. Ada yang berpandangan ia telah wujud sebelum Nabi SAW dibangkitkan. (Abu Nasr al Siraj, al-Luma' h.42, Ibnu al-Jawzi, Talbis al-Iblis, h.173)
Ibnu Khaldun dan beberapa ulama lain pula berpendapat bahawa tasauf mula tumbuh pada kurun ke-2 Hijrah ketika manusia mula menumpukan perhatian kepada dunia.
Maka golongan sufi berusaha mengajak mereka ke arah zuhud dan beribadat. (Muqaddimah, h. 517)
Dapat diperhatikan bahawa perbincangan tentang tasauf banyak dinaqalkan daripada tokoh-tokohnya yang awal seperti al-Hasan al-Basri r.a (w. 110 H) dan Sufyan al-Thauri r.a (w. 161 H).
Pada permulaannya, tasauf berkisar tentang sifat zuhud kepada dunia, mengosongkan diri untuk beribadat, bermujahadah melawan hawa nafsu dan mentaati perintah Allah sehingga menatijahkan akhlak yang mulia.
Tasauf di zaman nabi SAW
Jika inilah inti dan pokok ajaran tasauf maka pada hakikatnya, tasauf sudahpun wujud dan terjelma pada zaman nabi SAW lagi iaitu melalui acuan akhlak dan kehidupan Rasulullah SAW.
Amat jelas perjalanan awal baginda SAW menuju kepada Allah adalah berasaskan acuan tasauf iaitu tafakur, 'uzlah (khalwat), riadah (latihan) dan mujahadah. Elemen ini dicernakan melalui perkataan dan perbuatan baginda SAW, sehingga roh baginda SAW berjaya melalui proses penjernihan dan penyucian sebagai persiapan untuk menerima wahyu.
Kita maklum bahawa nabi SAW pernah beruzlah mengasingkan diri di Gua Hira' sebelum diturunkan wahyu. Sesudah diangkat sebagai rasul, baginda SAW menjalani kehidupan yang sarat dengan keimanan, ilmu, ibadah, zuhud, warak dan mujahadah.
Para sahabat pula berjalan di atas risalah yang dibawa oleh Rasulullah SAW dengan tekun dan penuh dedikasi. Mereka tidak menghafaz satu ayat daripada ayat-ayat al-Quran, melainkan selepas beramal dan melaksanakannya. Mereka hidup dalam keadaan zuhud dan warak semasa hayat dan selepas kewafatan Rasulullah SAW.
Selain kehidupan amali nabi SAW dan para sahabat kita juga boleh menemukan bukti hadirnya tasauf dalam ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis yang bercitra tasauf. Sekalipun istilah tasauf belum lagi dipopularkan pada zaman tersebut.
Era pengasasan dan perkembangan
Kemudiannya, tumpuan terhadap agama mula berkurangan bermula pada akhir kurun pertama Hijrah (zaman sahabat) dan ia berterusan tahun demi tahun hingga para salafussoleh bimbang akan berlaku musibah.
Untuk menyelesaikan permasalahan tersebut, para ulamalah yang menjadi wakil untuk berusaha menjaga dan memelihara agama. Maka sekumpulan mereka bangun untuk menjaga kedudukan Islam dan menulis permasalahan hukum-hakam agama dan kaedah-kaedahnya (fiqh).
Bagi kumpulan ulama yang lain, bangun untuk menjaga kedudukan iman, menulis usul agama dan kaedah-kaedahnya (tauhid) sebagaimana yang terdapat di sisi salafussoleh mereka. Sementara kumpulan ulama yang lain, bangun menjaga kedudukan ihsan dan menulis amalan-amalannya dan keadaannya (tasauf).
Kumpulan yang pertama (fiqh) ialah imam-imam yang empat (Imam Hanafi, Imam Malik, Imam Syafie dan Imam Ahmad) dan pengikut-pengikut mereka. Kumpulan yang kedua (tauhid) ialah Imam Abu Hasan al-Asy'ari r.a, sheikh-sheikh dan sahabat-sahabatnya dan golongan yang ketiga (tasauf) ialah Imam al-Junaid r.a, sheikh-sheikh dan sahabat-sahabatnya.
Berdasarkan pemerhatian ini, para imam ini bukanlah pengasas ilmu-ilmu dalam erti kata sebenar. Imam al-Junaid r.a (w. 297H) bukanlah pengasas tasauf dan tarekat kerana tasauf merupakan sebahagian daripada warisan Rasulullah SAW yang bersumberkan wahyu daripada Allah SWT.
Tasauf sering dinisbahkan kepadanya, kerana beliaulah tokoh yang mengambil inisiatif awal memperkatakan kaedah tasauf dan usulnya serta menyeru manusia beramal dengannya.
Ada juga yang mempersoalkan kenapa ilmu tasauf tidak tersebar pada kurun yang pertama Islam dan ia tidak muncul melainkan selepas zaman sahabat dan tabien?
Pada kurun yang pertama, mereka tidak berhajat kepada ilmu tasauf kerana penduduk pada zaman tersebut terdiri daripada orang yang warak, bertakwa dan kuat bermujahadah.
Oleh yang demikian, ketika itu belum timbul keperluan diadakan pengajaran tentang sesuatu ilmu secara terperinci. Keadaan mereka samalah dengan orang Arab tulen; mereka mengetahui Bahasa Arab melalui warisan daripada satu generasi ke satu generasi sehingga mereka boleh menggubah bait syair yang indah dan tinggi mutu bahasanya berdasarkan fitrah mereka tanpa ada pengetahuan sedikitpun mengenai kaedah-kaedah Bahasa Arab, i'rab dan sebagainya. Mereka tidak perlu mempelajari ilmu nahu dan balaghah.
Namun, setelah meluasnya pelbagai lahjah dan berlakunya kelemahan untuk mengungkapkan bahasa, pembelajaran Bahasa Arab dan kaedah-kaedahnya menjadi penting untuk memberi kefahaman kepada orang asing.
Ketika itu, ilmu ini menjadi penting dalam masyarakat sebagaimana ilmu-ilmu lain yang tumbuh dan disusun mengikut urutan masa dan waktu yang munasabah.
Sahabat dan tabien, sekali pun tidak dinamakan dengan mutasawwifin, mereka adalah ahli sufi sebenar yang menerapkan nilai-nilai kesufian di dalam kehidupan mereka.
Apakah yang dikehendaki oleh tasauf selain menjuruskan kehidupan semata-mata kerana Allah dan bukannya kerana diri sendiri, sambil menghiasi diri dengan sifat zuhud dan bermulazamah (diiringi) dengan ibadah, serta menghadapkan jiwa dan roh sepenuhnya kepada Allah setiap masa. Sifat-sifat kesempurnaan inilah yang diamalkan oleh para sahabat dan tabien sehingga melayakkan rohani mereka meningkat kepada darjat yang lebih tinggi.
Mereka tidak sekadar mengikrarkan keimanan dan melaksanakan kefarduan Islam, tetapi menyertakan pengakuan dengan zauq dan wujdan (menyelami amal dengan merasai nikmat kelazatan beramal).
Malah, mereka juga menambah amalan-amalan sehingga basirah (mata hati) mereka disuluh cahaya, dan hati-hati mereka terpancar hikmah dan limpahan cahaya ketuhanan.
Keadaan mereka diikuti pula oleh golongan tabien dan tabi' tabien. Juga penting diperhatikan, tokoh-tokoh ulama yang menyusun ilmu tasauf ini seperti al-Hasan al-Basri (w.110H), Sariy al-Saqati (w.253H), Abu Yazid al-Bustami (w.261H), Sahl al-Tustari (w.283H) dan al-Junaid (w.297H), masih tergolong daripada generasi tiga kurun terawal Islam yang mendapat pengiktirafan nabi SAW sebagai kurun-kurun terbaik Islam.
Kesimpulannya, kandungan dan konsep ilmu tasauf telah wujud pada zaman Rasulullah SAW dan sahabat. Cuma istilah-istilah ini belum lagi digunakan dalam amalan mereka.
Pada zaman tersebut, tasauf merupakan sifat umum yang terdapat pada hampir seluruh sahabat r.a tanpa terkecuali.
Kekuatan cahaya nubuwwah dan hidayah kerasulan yang ada pada masa itu, menyebabkan mereka tidak memerlukan kepada satu bentuk yang khusus, berkenaan cara-cara menjalani perjalanan menuju kepada Allah.

Namun konsep tasauf telah pun ada dan dihayati oleh nabi SAW dan para sahabat baginda kerana perjalanan dan konsep tasauf dan tarekat itu sendiri adalah sebahagian daripada Islam.






SURAH YAA-SIIN

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
يس ﴿١﴾ وَالقُرءانِ الحَكيمِ ﴿٢﴾ إِنَّكَ لَمِنَ المُرسَلينَ ﴿٣﴾عَلىٰ صِرٰطٍ مُستَقيمٍ ﴿٤﴾ تَنزيلَ العَزيزِ الرَّحيمِ ﴿٥﴾ لِتُنذِرَ قَومًا ما أُنذِرَ ءاباؤُهُم فَهُم غٰفِلونَ ﴿٦﴾ لَقَد حَقَّ القَولُ عَلىٰ أَكثَرِهِم فَهُم لا يُؤمِنونَ ﴿٧﴾ إِنّا جَعَلنا فى أَعنٰقِهِم أَغلٰلًا فَهِىَ إِلَى الأَذقانِ فَهُم مُقمَحونَ ﴿٨﴾ وَجَعَلنا مِن بَينِ أَيديهِم سَدًّا وَمِن خَلفِهِم سَدًّا فَأَغشَينٰهُم فَهُم لا يُبصِرونَ ﴿٩﴾ وَسَواءٌ عَلَيهِم ءَأَنذَرتَهُم أَم لَم تُنذِرهُم لا يُؤمِنونَ ﴿١٠﴾ إِنَّما تُنذِرُ مَنِ اتَّبَعَ الذِّكرَ وَخَشِىَ الرَّحمٰنَ بِالغَيبِ ۖ فَبَشِّرهُ بِمَغفِرَةٍ وَأَجرٍ كَريمٍ﴿١١﴾ إِنّا نَحنُ نُحىِ المَوتىٰ وَنَكتُبُ ما قَدَّموا وَءاثٰرَهُم ۚ وَكُلَّ شَيءٍ أَحصَينٰهُ فى إِمامٍ مُبينٍ ﴿١٢﴾ وَاضرِب لَهُم مَثَلًا أَصحٰبَ القَريَةِ إِذ جاءَهَا المُرسَلونَ ﴿١٣﴾ إِذ أَرسَلنا إِلَيهِمُ اثنَينِ فَكَذَّبوهُما فَعَزَّزنا بِثالِثٍ فَقالوا إِنّا إِلَيكُم مُرسَلونَ ﴿١٤﴾ قالوا ما أَنتُم إِلّا بَشَرٌ مِثلُنا وَما أَنزَلَ الرَّحمٰنُ مِن شَيءٍ إِن أَنتُم إِلّا تَكذِبونَ﴿١٥﴾ قالوا رَبُّنا يَعلَمُ إِنّا إِلَيكُم لَمُرسَلونَ ﴿١٦﴾ وَما عَلَينا إِلَّا البَلٰغُ المُبينُ ﴿١٧﴾ قالوا إِنّا تَطَيَّرنا بِكُم ۖ لَئِن لَم تَنتَهوا لَنَرجُمَنَّكُم وَلَيَمَسَّنَّكُم مِنّا عَذابٌ أَليمٌ ﴿١٨﴾ قالوا طٰئِرُكُم مَعَكُم ۚ أَئِن ذُكِّرتُم ۚ بَل أَنتُم قَومٌ مُسرِفونَ ﴿١٩﴾ وَجاءَ مِن أَقصَا المَدينَةِ رَجُلٌ يَسعىٰ قالَ يٰقَومِ اتَّبِعُوا المُرسَلينَ ﴿٢٠﴾ اتَّبِعوا مَن لا يَسـَٔلُكُم أَجرًا وَهُم مُهتَدونَ ﴿٢١﴾ وَما لِىَ لا أَعبُدُ الَّذى فَطَرَنى وَإِلَيهِ تُرجَعونَ ﴿٢٢﴾ ءَأَتَّخِذُ مِن دونِهِ ءالِهَةً إِن يُرِدنِ الرَّحمٰنُ بِضُرٍّ لا تُغنِ عَنّى شَفٰعَتُهُم شَيـًٔا وَلا يُنقِذونِ ﴿٢٣﴾ إِنّى إِذًا لَفى ضَلٰلٍ مُبينٍ ﴿٢٤﴾ إِنّى ءامَنتُ بِرَبِّكُم فَاسمَعونِ ﴿٢٥﴾ قيلَ ادخُلِ الجَنَّةَ ۖ قالَ يٰلَيتَ قَومى يَعلَمونَ ﴿٢٦﴾ بِما غَفَرَ لى رَبّى وَجَعَلَنى مِنَ المُكرَمينَ ﴿٢٧﴾ وَما أَنزَلنا عَلىٰ قَومِهِ مِن بَعدِهِ مِن جُندٍ مِنَ السَّماءِ وَما كُنّا مُنزِلينَ ﴿٢٨﴾ إِن كانَت إِلّا صَيحَةً وٰحِدَةً فَإِذا هُم خٰمِدونَ ﴿٢٩﴾ يٰحَسرَةً عَلَى العِبادِ ۚ ما يَأتيهِم مِن رَسولٍ إِلّا كانوا بِهِ يَستَهزِءونَ ﴿٣٠﴾ أَلَم يَرَوا كَم أَهلَكنا قَبلَهُم مِنَ القُرونِ أَنَّهُم إِلَيهِم لا يَرجِعونَ ﴿٣١﴾ وَإِن كُلٌّ لَمّا جَميعٌ لَدَينا مُحضَرونَ ﴿٣٢﴾ وَءايَةٌ لَهُمُ الأَرضُ المَيتَةُ أَحيَينٰها وَأَخرَجنا مِنها حَبًّا فَمِنهُ يَأكُلونَ ﴿٣٣﴾ وَجَعَلنا فيها جَنّٰتٍ مِن نَخيلٍ وَأَعنٰبٍ وَفَجَّرنا فيها مِنَ العُيونِ ﴿٣٤﴾ لِيَأكُلوا مِن ثَمَرِهِ وَما عَمِلَتهُ أَيديهِم ۖ أَفَلا يَشكُرونَ ﴿٣٥﴾ سُبحٰنَ الَّذى خَلَقَ الأَزوٰجَ كُلَّها مِمّا تُنبِتُ الأَرضُ وَمِن أَنفُسِهِم وَمِمّا لا يَعلَمونَ﴿٣٦﴾ وَءايَةٌ لَهُمُ الَّيلُ نَسلَخُ مِنهُ النَّهارَ فَإِذا هُم مُظلِمونَ﴿٣٧﴾ وَالشَّمسُ تَجرى لِمُستَقَرٍّ لَها ۚ ذٰلِكَ تَقديرُ العَزيزِ العَليمِ﴿٣٨﴾ وَالقَمَرَ قَدَّرنٰهُ مَنازِلَ حَتّىٰ عادَ كَالعُرجونِ القَديمِ﴿٣٩﴾ لَا الشَّمسُ يَنبَغى لَها أَن تُدرِكَ القَمَرَ وَلَا الَّيلُ سابِقُ النَّهارِ ۚ وَكُلٌّ فى فَلَكٍ يَسبَحونَ ﴿٤٠﴾ وَءايَةٌ لَهُم أَنّا حَمَلنا ذُرِّيَّتَهُم فِى الفُلكِ المَشحونِ ﴿٤١﴾ وَخَلَقنا لَهُم مِن مِثلِهِ ما يَركَبونَ ﴿٤٢﴾ وَإِن نَشَأ نُغرِقهُم فَلا صَريخَ لَهُم وَلا هُم يُنقَذونَ﴿٤٣﴾ إِلّا رَحمَةً مِنّا وَمَتٰعًا إِلىٰ حينٍ ﴿٤٤﴾ وَإِذا قيلَ لَهُمُ اتَّقوا ما بَينَ أَيديكُم وَما خَلفَكُم لَعَلَّكُم تُرحَمونَ ﴿٤٥﴾ وَما تَأتيهِم مِن ءايَةٍ مِن ءايٰتِ رَبِّهِم إِلّا كانوا عَنها مُعرِضينَ ﴿٤٦﴾ وَإِذا قيلَ لَهُم أَنفِقوا مِمّا رَزَقَكُمُ اللَّهُ قالَ الَّذينَ كَفَروا لِلَّذينَ ءامَنوا أَنُطعِمُ مَن لَو يَشاءُ اللَّهُ أَطعَمَهُ إِن أَنتُم إِلّا فى ضَلٰلٍ مُبينٍ ﴿٤٧﴾وَيَقولونَ مَتىٰ هٰذَا الوَعدُ إِن كُنتُم صٰدِقينَ ﴿٤٨﴾ ما يَنظُرونَ إِلّا صَيحَةً وٰحِدَةً تَأخُذُهُم وَهُم يَخِصِّمونَ ﴿٤٩﴾ فَلا يَستَطيعونَ تَوصِيَةً وَلا إِلىٰ أَهلِهِم يَرجِعونَ ﴿٥٠﴾ وَنُفِخَ فِى الصّورِ فَإِذا هُم مِنَ الأَجداثِ إِلىٰ رَبِّهِم يَنسِلونَ ﴿٥١﴾ قالوا يٰوَيلَنا مَن بَعَثَنا مِن مَرقَدِنا ۜ ۗ هٰذا ما وَعَدَ الرَّحمٰنُ وَصَدَقَ المُرسَلونَ ﴿٥٢﴾ إِن كانَت إِلّا صَيحَةً وٰحِدَةً فَإِذا هُم جَميعٌ لَدَينا مُحضَرونَ ﴿٥٣﴾فَاليَومَ لا تُظلَمُ نَفسٌ شَيـًٔا وَلا تُجزَونَ إِلّا ما كُنتُم تَعمَلونَ ﴿٥٤﴾إِنَّ أَصحٰبَ الجَنَّةِ اليَومَ فى شُغُلٍ فٰكِهونَ ﴿٥٥﴾ هُم وَأَزوٰجُهُم فى ظِلٰلٍ عَلَى الأَرائِكِ مُتَّكِـٔونَ ﴿٥٦﴾ لَهُم فيها فٰكِهَةٌ وَلَهُم ما يَدَّعونَ ﴿٥٧﴾ سَلٰمٌ قَولًا مِن رَبٍّ رَحيمٍ ﴿٥٨﴾ وَامتٰزُوا اليَومَ أَيُّهَا المُجرِمونَ ﴿٥٩﴾ أَلَم أَعهَد إِلَيكُم يٰبَنى ءادَمَ أَن لا تَعبُدُوا الشَّيطٰنَ ۖ إِنَّهُ لَكُم عَدُوٌّ مُبينٌ ﴿٦٠﴾ وَأَنِ اعبُدونى ۚ هٰذا صِرٰطٌ مُستَقيمٌ ﴿٦١﴾ وَلَقَد أَضَلَّ مِنكُم جِبِلًّا كَثيرًا ۖ أَفَلَم تَكونوا تَعقِلونَ﴿٦٢﴾ هٰذِهِ جَهَنَّمُ الَّتى كُنتُم توعَدونَ ﴿٦٣﴾ اصلَوهَا اليَومَ بِما كُنتُم تَكفُرونَ ﴿٦٤﴾ اليَومَ نَختِمُ عَلىٰ أَفوٰهِهِم وَتُكَلِّمُنا أَيديهِم وَتَشهَدُ أَرجُلُهُم بِما كانوا يَكسِبونَ ﴿٦٥﴾ وَلَو نَشاءُ لَطَمَسنا عَلىٰ أَعيُنِهِم فَاستَبَقُوا الصِّرٰطَ فَأَنّىٰ يُبصِرونَ ﴿٦٦﴾ وَلَو نَشاءُ لَمَسَخنٰهُم عَلىٰ مَكانَتِهِم فَمَا استَطٰعوا مُضِيًّا وَلا يَرجِعونَ ﴿٦٧﴾وَمَن نُعَمِّرهُ نُنَكِّسهُ فِى الخَلقِ ۖ أَفَلا يَعقِلونَ ﴿٦٨﴾ وَما عَلَّمنٰهُ الشِّعرَ وَما يَنبَغى لَهُ ۚ إِن هُوَ إِلّا ذِكرٌ وَقُرءانٌ مُبينٌ ﴿٦٩﴾ لِيُنذِرَ مَن كانَ حَيًّا وَيَحِقَّ القَولُ عَلَى الكٰفِرينَ ﴿٧٠﴾ أَوَلَم يَرَوا أَنّا خَلَقنا لَهُم مِمّا عَمِلَت أَيدينا أَنعٰمًا فَهُم لَها مٰلِكونَ ﴿٧١﴾ وَذَلَّلنٰها لَهُم فَمِنها رَكوبُهُم وَمِنها يَأكُلونَ ﴿٧٢﴾ وَلَهُم فيها مَنٰفِعُ وَمَشارِبُ ۖ أَفَلا يَشكُرونَ ﴿٧٣﴾ وَاتَّخَذوا مِن دونِ اللَّهِ ءالِهَةً لَعَلَّهُم يُنصَرونَ ﴿٧٤﴾ لا يَستَطيعونَ نَصرَهُم وَهُم لَهُم جُندٌ مُحضَرونَ ﴿٧٥﴾ فَلا يَحزُنكَ قَولُهُم ۘ إِنّا نَعلَمُ ما يُسِرّونَ وَما يُعلِنونَ ﴿٧٦﴾ أَوَلَم يَرَ الإِنسٰنُ أَنّا خَلَقنٰهُ مِن نُطفَةٍ فَإِذا هُوَ خَصيمٌ مُبينٌ ﴿٧٧﴾ وَضَرَبَ لَنا مَثَلًا وَنَسِىَ خَلقَهُ ۖ قالَ مَن يُحىِ العِظٰمَ وَهِىَ رَميمٌ ﴿٧٨﴾ قُل يُحييهَا الَّذى أَنشَأَها أَوَّلَ مَرَّةٍ ۖ وَهُوَ بِكُلِّ خَلقٍ عَليمٌ ﴿٧٩﴾ الَّذى جَعَلَ لَكُم مِنَ الشَّجَرِ الأَخضَرِ نارًا فَإِذا أَنتُم مِنهُ توقِدونَ ﴿٨٠﴾ أَوَلَيسَ الَّذى خَلَقَ السَّمٰوٰتِ وَالأَرضَ بِقٰدِرٍ عَلىٰ أَن يَخلُقَ مِثلَهُم ۚ بَلىٰ وَهُوَ الخَلّٰقُ العَليمُ﴿٨١﴾ إِنَّما أَمرُهُ إِذا أَرادَ شَيـًٔا أَن يَقولَ لَهُ كُن فَيَكونُ ﴿٨٢﴾فَسُبحٰنَ الَّذى بِيَدِهِ مَلَكوتُ كُلِّ شَيءٍ وَإِلَيهِ تُرجَعونَ ﴿٨٣﴾

SURAH SAJDAH (ayat 1-30)

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
الم ﴿١﴾ تَنزيلُ الكِتٰبِ لا رَيبَ فيهِ مِن رَبِّ العٰلَمينَ ﴿٢﴾ أَم يَقولونَ افتَرىٰهُ ۚ بَل هُوَ الحَقُّ مِن رَبِّكَ لِتُنذِرَ قَومًا ما أَتىٰهُم مِن نَذيرٍ مِن قَبلِكَ لَعَلَّهُم يَهتَدونَ ﴿٣﴾ اللَّهُ الَّذى خَلَقَ السَّمٰوٰتِ وَالأَرضَ وَما بَينَهُما فى سِتَّةِ أَيّامٍ ثُمَّ استَوىٰ عَلَى العَرشِ ۖ ما لَكُم مِن دونِهِ مِن وَلِىٍّ وَلا شَفيعٍ ۚ أَفَلا تَتَذَكَّرونَ ﴿٤﴾ يُدَبِّرُ الأَمرَ مِنَ السَّماءِ إِلَى الأَرضِ ثُمَّ يَعرُجُ إِلَيهِ فى يَومٍ كانَ مِقدارُهُ أَلفَ سَنَةٍ مِمّا تَعُدّونَ ﴿٥﴾ ذٰلِكَ عٰلِمُ الغَيبِ وَالشَّهٰدَةِ العَزيزُ الرَّحيمُ﴿٦﴾ الَّذى أَحسَنَ كُلَّ شَيءٍ خَلَقَهُ ۖ وَبَدَأَ خَلقَ الإِنسٰنِ مِن طينٍ﴿٧﴾ ثُمَّ جَعَلَ نَسلَهُ مِن سُلٰلَةٍ مِن ماءٍ مَهينٍ ﴿٨﴾ ثُمَّ سَوّىٰهُ وَنَفَخَ فيهِ مِن روحِهِ ۖ وَجَعَلَ لَكُمُ السَّمعَ وَالأَبصٰرَ وَالأَفـِٔدَةَ ۚ قَليلًا ما تَشكُرونَ ﴿٩﴾ وَقالوا أَءِذا ضَلَلنا فِى الأَرضِ أَءِنّا لَفى خَلقٍ جَديدٍ ۚ بَل هُم بِلِقاءِ رَبِّهِم كٰفِرونَ ﴿١٠﴾ قُل يَتَوَفّىٰكُم مَلَكُ المَوتِ الَّذى وُكِّلَ بِكُم ثُمَّ إِلىٰ رَبِّكُم تُرجَعونَ ﴿١١﴾ وَلَو تَرىٰ إِذِ المُجرِمونَ ناكِسوا رُءوسِهِم عِندَ رَبِّهِم رَبَّنا أَبصَرنا وَسَمِعنا فَارجِعنا نَعمَل صٰلِحًا إِنّا موقِنونَ ﴿١٢﴾ وَلَو شِئنا لَءاتَينا كُلَّ نَفسٍ هُدىٰها وَلٰكِن حَقَّ القَولُ مِنّى لَأَملَأَنَّ جَهَنَّمَ مِنَ الجِنَّةِ وَالنّاسِ أَجمَعينَ ﴿١٣﴾ فَذوقوا بِما نَسيتُم لِقاءَ يَومِكُم هٰذا إِنّا نَسينٰكُم ۖ وَذوقوا عَذابَ الخُلدِ بِما كُنتُم تَعمَلونَ ﴿١٤﴾ إِنَّما يُؤمِنُ بِـٔايٰتِنَا الَّذينَ إِذا ذُكِّروا بِها خَرّوا سُجَّدًا وَسَبَّحوا بِحَمدِ رَبِّهِم وَهُم لا يَستَكبِرونَ ۩ ﴿١٥﴾ تَتَجافىٰ جُنوبُهُم عَنِ المَضاجِعِ يَدعونَ رَبَّهُم خَوفًا وَطَمَعًا وَمِمّا رَزَقنٰهُم يُنفِقونَ ﴿١٦﴾ فَلا تَعلَمُ نَفسٌ ما أُخفِىَ لَهُم مِن قُرَّةِ أَعيُنٍ جَزاءً بِما كانوا يَعمَلونَ ﴿١٧﴾ أَفَمَن كانَ مُؤمِنًا كَمَن كانَ فاسِقًا ۚ لا يَستَوۥنَ ﴿١٨﴾ أَمَّا الَّذينَ ءامَنوا وَعَمِلُوا الصّٰلِحٰتِ فَلَهُم جَنّٰتُ المَأوىٰ نُزُلًا بِما كانوا يَعمَلونَ﴿١٩﴾ وَأَمَّا الَّذينَ فَسَقوا فَمَأوىٰهُمُ النّارُ ۖ كُلَّما أَرادوا أَن يَخرُجوا مِنها أُعيدوا فيها وَقيلَ لَهُم ذوقوا عَذابَ النّارِ الَّذى كُنتُم بِهِ تُكَذِّبونَ ﴿٢٠﴾ وَلَنُذيقَنَّهُم مِنَ العَذابِ الأَدنىٰ دونَ العَذابِ الأَكبَرِ لَعَلَّهُم يَرجِعونَ ﴿٢١﴾ وَمَن أَظلَمُ مِمَّن ذُكِّرَ بِـٔايٰتِ رَبِّهِ ثُمَّ أَعرَضَ عَنها ۚ إِنّا مِنَ المُجرِمينَ مُنتَقِمونَ ﴿٢٢﴾ وَلَقَد ءاتَينا موسَى الكِتٰبَ فَلا تَكُن فى مِريَةٍ مِن لِقائِهِ ۖ وَجَعَلنٰهُ هُدًى لِبَنى إِسرٰءيلَ ﴿٢٣﴾ وَجَعَلنا مِنهُم أَئِمَّةً يَهدونَ بِأَمرِنا لَمّا صَبَروا ۖ وَكانوا بِـٔايٰتِنا يوقِنونَ ﴿٢٤﴾ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ يَفصِلُ بَينَهُم يَومَ القِيٰمَةِ فيما كانوا فيهِ يَختَلِفونَ ﴿٢٥﴾ أَوَلَم يَهدِ لَهُم كَم أَهلَكنا مِن قَبلِهِم مِنَ القُرونِ يَمشونَ فى مَسٰكِنِهِم ۚ إِنَّ فى ذٰلِكَ لَءايٰتٍ ۖ أَفَلا يَسمَعونَ ﴿٢٦﴾ أَوَلَم يَرَوا أَنّا نَسوقُ الماءَ إِلَى الأَرضِ الجُرُزِ فَنُخرِجُ بِهِ زَرعًا تَأكُلُ مِنهُ أَنعٰمُهُم وَأَنفُسُهُم ۖ أَفَلا يُبصِرونَ﴿٢٧﴾ وَيَقولونَ مَتىٰ هٰذَا الفَتحُ إِن كُنتُم صٰدِقينَ ﴿٢٨﴾ قُل يَومَ الفَتحِ لا يَنفَعُ الَّذينَ كَفَروا إيمٰنُهُم وَلا هُم يُنظَرونَ ﴿٢٩﴾فَأَعرِض عَنهُم وَانتَظِر إِنَّهُم مُنتَظِرونَ ﴿٣٠﴾
ALLAH MAHA MENGETAHUI